Isnin, 11 April 2011

contoh buku dan filem berkaitan Salahuddin

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua…..alhamdulllah dengan izan Allah kita bertemu semula ya.. . pada post saya yang lepas menceritakan tentang latar belakang salahuddin al-ayyubi,sifat keperibadian dan kepimpinan yang ada pada beliau dan kejayaan beliau mengembangkan ajaran Islam serta mengembalikan semula maruah umat Islam yang sekian lama di pijak oleh tentera Salib.
Sekarang jom kita tgk plak antara buku yang menceritakan tentang salahudin al-ayubi .
Antarany. kalu korang nak dapatkan maklumat yang lebih blh la dapatkan buku and filam ni kat mana kedai buku....


penulis buku ni banyak sangat menulis tentang tokoh sejarh Islam.

film animasi tapi nama dia di tukar sikit pada saladin .



ha ni pun satu lagi buku berkaitan sakahuddin versi bahasa Inggeris.




ni pulak buku yang menceritakan sultan salahuddin versi Bahasa Arab.

Ahad, 10 April 2011

Sumbangan Dan Pembaharuan Sultan Muhammad Al-Fateh

Assalamualaikum semua…..
Jom kita terjah pulak apa yang telah sultan ahmad al-fateh lakukan kepada dunia Islam. Antara sumbangan besar beliau adalah membebaskan kota kostantinopel.

Pembebas Kota konstantinopel

Rasullah juga pernah member gambaran perihal sultan ahmad al-fateh dalam katanya, “ kota kostantinopel akan jatuh ke tangan Islam.Pemimpin yang menekluknya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada dibawah kepimpinanya adalah sebaik-baik pasukan” Hadis ini direkordkan oleh Ahmad bin Hanbal dalam Al-Musnad .
Lebih 800tahun usaha menakluki kota kostantinopel. Ia bermula dengan Khalifah Muawiyah bin Abu Sufian pada 668 Masihi. Seterusnya generasi kepimpinan Khalifah yang seterusnya baik daripda Bani Umaiyyah dan Bani Abassiyah sehingga pemerintahan Uthmaniah di bawah Khalifah Murad 11. Semuanya gagal menguasai Byzentium sehingga akhirnya, sebagaimana yang dikatakan oleh rasullah, akhirnya muncul putra Islam gemilang itulah Sultan Muhammad Al-Fateh yang mempunyai kepakaran dalam bidang strategi politik, kejureteraan military, sains, matematik, dan pegurusan ekonomi. Inilah sultan yang meguasai lebih daripada enam bahasa, pada usia 21 tahun.

Meriam Urban

Sultan Muhammad Al-fateh memulakan angkatan bersenjata tersusun pertama di dunia dengan keupayaan memiliki berdozen peledak bom dan meriam gergasi yang mampu merobek dinding batu kota-kota hebat. Sultan Ahmad Al-fateh juga mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang mampu menembak bom 300 kilogram satu batu.

Menara Bergerak Dan Manjanik

Sultan Muhammad Al-fateh mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantium dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantium Berjaya mrmbakar menara ini pada waktu malam.

Pindahkan 70 Buah Kapal

Sebanyak 70 buah kapal laut usmaniah diluncurkan dari daratan sejauh lima kilomiter dari Selat Busporos masuk ke perairan Tanduk Emas. Batang-batang kayu diatur dan di minyak bagi melincinkan perjalanan kapal-kapal itu. Yang menakjubkan kapal-kapal itu Berjaya dipindahkan dalam satu malam tanpa musuh menedarinya. Taktik ini diakui sebagi tektik peperangan terbaik di dunia oleh para sejarahwan Barat sendiri.

Sempurnakan pembinaan Rumeli Hissari

Rumeli Hissari adalah tembok laut yang dibina bagi mengepung musuh. Ia dimulakan pada zaman Sultan Uthman 1 ketika beliau mengepung Byzantine di Bursa. Rumeli Hissari adalah benteng yang disempurnakan binaanya oleh sultan Muhammad Al- Fateh pada 1452.

Faktor Kejayaan Sultan Ahmad Al-fateh

Assalamualaikum dan salam sejahtera … jom kita teroka pulak apa yang peulis Kuasa kepimpinan Alfateh ini berkaitan sumbangan dan bagaimana pemuda ini menakluk kota kostantinopel .
Menuruut penulis , Muhammad Syaari Abdul Rahman , beliau menggariskan 12 kuasa kepimpinan terpenting yang diamalkan oleh Sultan Ahmad Al-Fateh dalam misi penawanan kota Kostantinopel antaranya
1- Kuasa semangat pemuda
2- Kuasa pemikiran negetif
3- Kuasa kreatif dan inovatif
4- Kuasa kerja sepasukan
5- Kuasa contoh
6- Kuasa pidato pengaruh
7- Kuasa iman dan tawakal
8- kuasa jihad dan pengorbanan
9- kuasa diplomasi dan kebajikan
10- kuasa bahasa
11- kuasa sentuhan ulama’
12- kuasa system pendidikan komprehensif
ha kalu korang nak tahu dengan lebih lanjut beli buku ini…
menurut punulis satu penemuan matematik yang menarik untuk informasi pembaca angka “53” dilihat bagaikan sinonim dan angka yang sangat “kebetulan ”dengan sultan ahmad al-fateh . penawanan berlaku pada

Sultan Ahmad Al-Fateh

Salam sejahtera pada semua…. Jumpa lagi kita ea……kali ini saya nak cita plak pasal sorang lagi tokoh muda Islam yang juga menyumbang kepada kebangkitan Islam. Actually apa yang saya nak ceritakan kali ini, berdasarkan buku yang pernah saya baca…dan buku ni sangat menarik. Betul kalo korang x caya try la baca confirm x boring dan blh menaikan semangat kita serta menyerdarkan kita apakan sumbangan yang telah kita berikan kepada Islam .


Penulis Oleh Muhammad Syaari Abdul Rahman

Ha ni la buku dia, KUASA KEPIMPINAN AL- FATEH..jom kita kenali sapa dia sebenarnya Sultal Ahmad Al-Fateh. Kalu post saya saya yang lepas cerita pasal salahuddil al-ayyubi.kali jom kita tambah ilmu ckit kenal plak sapa dia Sultan Ahmad Al-Fateh . Rata rata muda mudi kita hari ini dah x kenal sapa dia Sultan Ahmad Al-Fateh. Kalu kenal pun munkin hanya sekadar tahu nama sahaja.tak tahu apa sebenarnya sifat dah sumbangan dia pada dunia Islam .
Mengikut buku kuasa kepimpinan Sultan Ahmad Al-Fateh ini, beliau dilahirkan pada 29 mac 1432 masihi di Adriana iaitu antara sempadan Turki dan Bulgaria bersamaan 26 Rejab 833 Hijrah. Ayahnya, sultan Murad kedua salah seorang pemimpin Usmaniah yang masyhur . ibunya adalah wanita turki bernama Huma Hatum.
Sultan Muhammad al-fateh menaiki tahta Kerajaan Usmaniah secara rasmi ketika berusia 19 tahun dan memerintah dengan penuh keadilan selama 30 tahun. Iaitulah antara 1451 hingga 1481 Masihi. Muhammad al-fateh adalah negarawan ulung yang dan panglima tentera Islam agung yamh memimpin sendiri hamper 25 pempen peperangan pada zamanya . Muhammad al-fateh meningal dunia pada 3 Mei 1481. Ada ahli sejarah mengatakan beliau mati akibat diracun.
Jom kita kenal serba sedikit kota kostantinopel. Kini kostantinopel kini dikenali sebagai Istanbul, dibina oleh Maharaja Kostantine agung sebagai ibu kota Byzanyine pada tahun 330 Masihi . kostantine berfungsi sebagai ibu Negara dan pusat Empayer byzantine,iaitu Rom Timur selama lebih 10 tahun.
Disamping itu, kota ini dikenali sebagai kota yang termakmur dan terkaya di Eropah sejak beberapa abad.kostantinopel terletak di pertemuan antara benua asia dan Eropah serta pertemuan antara laut Mediterrranean dan laut hitam. Kedudukannya sangat strategic dari segi perdagangan dan geo-politik.

Kejayaan sultan salahuddin al-ayyubi

Kejayaan sultan salahuddin al-ayyubi
Assalamualaikum dan salam sejahtera..... kali jom kita tegok pulak kejayaan yang telah di lakukan oleh salahuddin al-yyubi.

Selepas berjaya menguasai Mesir, beliau mula menumpukan perhatian untuk kembali menguasai Jerusalem (Baitul-Maqdis) yang ketika itu dikuasai pihak Kristian. Untuk tujuan itu, beliau mula menjalankan kempen-kempen ketenteraan terhadap wilayah-wilayah Islam yang lain dengan tujuan untuk menyatupadukan tentera Islam di bawah satu panji serta memantapkan lagi barisan tentera Islam. Setelah merasakan tentera Islam cukup kuat, beliau mula menggerakkan tentera Islam menentang pihak Kristian atau lebih dikenali sebagai tentera Salib kerana mereka memakai pakaian yang berlambang salib serta membawa palang-palang salib yang besar ketika berperang. Siri peperangan ini telah dicatatkan di dalam sejarah sebagai Perang Salib.

Perang Salib
Perang Salib mempunyai beberapa siri. Ada yang mencatatkan sebanyak 7 kali peperangan Salib pernah berlaku. Perang Salib yang pertama berlaku ketika penawanan Baitul-Maqdis oleh tentera Salib. Ketika itu, pihak tentera Salib yang berjaya menguasai kota itu telah menunjukkan sifat tidak berperikemanusiaan di mana kanak-kanak, perempuan serta orang tua turut dibunuh, dan mayat-mayat mereka bergelimpangan di sekitar kawasan kota. Perang Salib kedua berlaku yang mana peperangan ini turut digelar sebagai peperangan Hittin. Pertempuran ini telah berlaku di kaki bukit Hittin di Tiberias di antara tentera Islam pimpinan Salahuddin Al-Ayyubi sendiri dan tentera Salib yang dipimpim oleh raja Kristian yang memerintah Jerusalem serta beberapa pembesar Kristian yang lain seperti Guy dari Lusignan dan Raynald dari Chatillon. Peperangan ini meletus selepas tentera Salib yang dipimpin oleh Raynald dari Chatillon menyerang sekumpulan kabilah Arab yang dalam perjalanan untuk menunaikan haji. Peristiwa ini telah mencetuskan kemarahan Salahuddin Al-Ayyubi dan menjadi titik tolak kepada penawanan semual Baitul-Maqdis. Dalam peperangan ini, Guy dari Lusignan, Raynald dari Chatillon dan beberapa pemimpin Kristian yang lain telah berjaya ditawan oleh tentera Islam. Salahuddin sendiri telah menghukum pancung Raynald dari Chatillon atas kebiadaban beliau menyerang kabilah Arab tersebut. Namun, para pemimpin Kristian yang lain telah dibenarkan pulang dan tidak diapa-apakan.

Penawanan Baitul-Maqdis
Setelah hampir 88 tahun (ada menyebut 92 tahun) kota Baitul-Maqdis dikuasai pihak Kristian, pada tanggal 27 Rejab, 538 Hijrah (1187 Masihi), Salahuddin bersama tentera Islam pimpinannya telah berjaya memasuki kota Baitul-Maqdis. Laungan "Allahhuakhbar" telah bergema menguasai persekitaran langit dan bumi ketika itu. Betapa besarnya kejayaan yang telah diperolehi tentera Islam pimpinan Salahuddin Al-Ayyubi ketika itu.

Perang Salib Ketiga
Perang Salib Ketiga telah meletus setelah berita kejayaan Salahuddin Al-Ayyubi menguasai Jerusalem sampai ke pengetahuan para pemimpin Kristian yang lain. Para panglima besar Kristian serta raja-raja Kristian yang lain telah bersekutu di bawah panji Salib untuk menggempur kembali serta menawan semula Jerusalem. Antara mereka termasuklah beberapa nama besar dunia Kristian seperti raja Richard berhati Singa iaitu raja England serta Philip Augustus iaitu raja Perancis dan juga Fredrick Barbossa iaitu raja Jerman. Kesemua tentera di bawah pimpinan raja-raja ini telah bergerak dan menggempur kota Jerusalem. Namun, tentera Islam yang dipimpin oleh Salahuddin Al-Ayyubi sedikitpun tidak gentar bahkan mereka tetap berjuang bersungguh-sungguh mempertahankan kota Jerusalem dari jatuh ke tangan pihak Kristian. Peperangan ini telah berlanjutan dan memakan masa selama hampir lima tahun. Setelah kedua-dua pihak menjadi letih dan lesu akibat peperangan yang tidak kunjung tiba penamatnya, satu perjanjian telah dibuat pada tahun 1192 Masihi di antara Salahuddin Al-Ayyubi dan pihak Kristian yang dinamakan Perjanjian Ramla. Perjanjian ini telah mengakui bahawa Salahuddin sebagai pemerintah Jerusalem yang sah dan seluruh Jerusalem dikuasainya kecuali sebuah bandar iaitu Acra dikuasai oleh pihak Kristian.

Sabtu, 9 April 2011

CIRI KEPERIBADIAN SULTAN SALAHUDIN AL-AYUBBI .


Assalamulaikum dan salam sajahtera pada pembaca yang masih lagi sudi membaca blog saya ini.kali ini jom kita cuba selidiki dan cari tentang  ketokohan  sifat kepimpinan yang ada pada   salahuddin al-ayuubi yang perlu remaja ikuti dan teladani, supaya satu hari nanti  generasi  muda hari mampu menjadi seperti  sultan salahuddin al-ayyubi  yang bukan sahaja diakui keberanian nya oleh masyarakat Islam tetapi turut  digeruni oleh pihak  lawan .
Antara sifat atau ciri kepimpinan  Salahuddin AL- Ayyubi yang menjadikan beliau seorang hebat adalah : 
1.Tidak Bangga Diri sifat ini telah wujud dalam dirinya salahuddin al-ayubi semenjak beliau kecil lagi. ini kerana hasil sentuhan didikan nilai-nilai agama yang diberikan oleh ayah salahuddin al-ayyubi kepada beliau.
Ini dapat dibuktikan apabila Lane-poole ahli sejarah ingggeris yang menulis menenagi salahudin mencatatkan “ sabagai anak kepada gabenor yang disukai raja, beliau memang menduduki tempat istimewa tetapi beliau tidak menunjukkan tanda-tanda kehebatan yang bakal tiba tiba,sebaliknya beliau mempamerkan contoh jiwa yang tenang dan menjauhi kelesuan pemikiran golongan bangsawan”
2.Memiliki Visi Dan Misi Yan Jelas-salahuddin bercita-cita mahu menawan semula baitul maqdia dari tangan tentera salib yang mengusai baitul maqdis hampir 800 tahun, jadi beliau merancang menguatkan tentra Islam dari segi kekuatan fizikal dengan pelbagai ilmu ketenteraan serta persiapan perang. Dari segi kerohanian pula salahuddin sangat menitikan beratkan soal soal agama kepada tenteranya .  serta menyatupadukan   semua panduduk Islam terlebih dahulu sebelum memulakan visinya mahu menawan salah satu tempat suci umat islam itulah Baitul Maqdis   

3. Mampu Lakukan Semua Tugas- salahuddin al-ayyubi bukanya jenis pemipin yang hanya tahu mengarahkan orang bawahanya melakukan semua tugas tetapi seorang pemimpin yang sanggup turun padang sendiri dan bersama-sama tenteranya dalam melakukan tugas . contohnya , salahuddin al-ayubbi sendiri menyamar sebagai penduduk kampong dalam ushanya mendapatkan maklumat untuk menawan kota  Baniyas . salahuddin juga yang menyoal selidik pagawai tentera salib yang berjaya di tawan oleh tentera Islam  untuk mendpatkan maklumat.
4 Bijak Dalam Mengatur Strategi Peperangan dan helahsalahudin alayyubi selalu mengikut cara nabi Muhammad S.W.A  berperang dalam semua misi peperangan. Ini salah satu factor kejayaan peperangan yang dilakukan oleh sultan salhuddin al-ayyubi.contohnya  salahuddin al-ayyubi menggunakan jalan yang tidak pernah dilalui oleh orang dalam perjalanan menuju ke medan peperangan dan tektik ini di gunakan untuk megelirukan musuh .
5. Sentisa Patuh Pada Ajaran Agama Islam- salahuddin bukan sahaja mengamalkan sunnah rasullah seperti, sentisa berpuasa dalam kempen memerangi tentera salib, beliau juga sangat menitik bertakan ajran Islam .contohnya ketika misi menawan kota sinjiran , di bairut, panglima muluk mencadangkan agar meracun sungai yang digunakan oleh pihak musuh sumber bekalan air, tetapi salahuddin melarang panglima muluk berbuat demikian kerana islam tidak membenrkan berbuat demikian dan juga demi kemaslahatan penduduk  islam lain yang turut menggunakan sungai tersebut. Beliau juga melarang panglima perangnya menggunakan rasuah dalam misi menawan sesebuah Negara.

6.Sentisa Berbincang Dengan Orang Bawah- salahuddin sentisa mendengar pandangan dan berbincang dengan orang bawahanya sebelum membuat sesauatu keputusan. cth: ketika misi  penawan bairut ,sebelum serangan di lakukan salahddin berbincang dengan  ketua2 pasukan tentera islam berkaitan strategi yang akan di lakukan. Berkerjasama antara satu pasukan dengan lain bila memerlukan bantuan , untuk pastikan kejayaan dalam sesuatu misi yang di jalankan .
7. Tidak mudah putus asa - contonya semasa  misi penawanan tawan benteng khusnul ahzan , tentra salahuddin bagi tahu  beliau sukar  untuk menawan  benteng yang terlalu kukuh n di kawan rapi  oleh tentraa salib. Pelbagi usaha yang telah dilakukan namun masih gagal menawan benteng tersebut. Salahuddin tidak berputus asa dan berushan antaranya ushan belaiu  menyamar untuk dapat kan mklumat tentang benteng ahzan ,berjalan di sekitar kampung  yang berhampiran untuk tahu kelemehan musuh akhirnya belaiu dan tentera islam berjaya menawan benteng tersebut.
8. Bercita-Cita Tinggi – semenjak usia beliau masih muda lagi salahuddin dah ada cita cita yang besar untuk merampas kembali kota suci baitul maqdia dari tangan kristian. 
9. Bersederhana – beliau di gambarkan seorang yang sangat wara’ dan bersedarhana dalam kehidupnya walaupun sudah bergelar sultan. Contohnya , ketika salahuddin al-ayyubi menghembuskan nafas terakhir  diceritakan hartanya hanya tinggal 1 dinar dan 47 diham , yang tidak cukup untuk kos pengebumian beliau.
10.Tidak Leka Dengan Pujian – salahuddin al-yubbi menerima banyak pujian dan sanjugan atas kejayaan beliau menawan beberapa kubu kuat tentera salib tetapi beliau tidak pernah leka dengan pujian tersebut, bahkan salahuddin sentiasa meningkatkan strategi peperangan,dan kelegkapan peperangan  dalam misi  menwan Jerusalem.
Sebenarnya, banyak lagi ciri – ciri kepimpinan yang ada dalam diri Sultan  Salahuddin al-yubbi.Tak tersebut dan tak terhitung kita nak sebutkan kat sini.
So ayuhlah para generasi muda sekalian!!!!! cuba aplikasikan sifat2 kepimpinan salahudin dalam diri kita supaya suatu hari nanti kita juga mampu menyumbangkan tenaga jasa dalam memertabatkan kembali daulah islamiah yang pernah di lakukan oleh sultan salahuddin al-ayyubi dan tentera Islam  dahulu. 
Kseorang eperibad

Salahuddin Al-ayubbi

Assalamualaiku semua!!!!  Bertemua kita kembali…….emmm dah lama x menulis kat blog saya ni ea…..kali  ni saya nak bercerita tokoh Islam yang menjadi idola saya itulah SALAHUDDIN Al-Ayyubi  si penakluk Jerusalem  .

Ha nilah  gambaran wajah salahuddin al-ayyubi

         Tentu ramai dah pernah dengar  dan bace pasal kisah salahuddin al-ayubi kan…tp saya  nak kongsi jugak kat blog saya ni….just peringatan dan perkongsiann ilmu bersama…maca yang pernah  saya bagi tahu dalam post yang lalu untuk kongsi maklumat dan ilmu.
Sebelum saya bercerita lebih panjang   tentang sumbangan salahuddin kepada dunia  Islam jom kita kenal serba sedikit  mengenai  latar belakang  Salahuddin  ..bak kata pepatah x kenal maka x cinta kan… betil x ?
Nama sebenar beliau Adalah Yusuf Bin Najmuddin Ayyub . Beliau di lahirkan pada tahun 543H , atau 1138m, di kota Tarkit(Iraq ) iaitu bahagian Tebing Barat Sungai Tigris  terlatek diantara Monsul dan Bagdad.  
Ayahnya,bernama  Najmuddin Ayub bin Shadhi adalah anak saudara kepada Sultan Nurudin Zenggi, berketurunan Kurdistan yang berasal dari Azerbaijan. Selain sebagai, panglima perang, beliau adalah pendakwah, mujahid dan tokoh pemimpin Islam yang bukan daripada kalangan bangsa Arab.
Selepas datuk salahuddin berpindah ke Bagdad, ayahnya dilantik menjadi gabnor  di tikrit  dan bapa saudaranya, Asadudin di lantik menjadi panglima perang.
Semenjak kecil Salahuddin telah didedahkan dengan pelbagai ilmu ketenteraan seperti seni peperangan,menunggang kuda serta seni menpertahankan diri yang di ajar oleh bapa saudarnya, Asadudin seorang paglima perang kepada sultan Ad-din.Disamping itu, ayahnya sangat menekankan ilmu keagamaan dan mendekatkan diri pada Allah.
Semasa kecil hingga meningkat remaja, kehidupan salahuddin sama seperti kanak-kanak lain, dan tiada tanda-tanda yang beliau bakal merampas Baitul Maqdis dari tangan kristian yang menguasainya hampir 800 tahun.
Kerjayanya bermula sebagai tentera berkuda Al-Malik Nuruddin, sultan Aleppo, kemudian dia diperintahkan untuk pergi ke Mesir. Pada masa itu Mesir diperintah oleh kerajaan Fatimiyah yang berfahaman Syiah. Pada mulanya Salahudin berasa berat hati hendak berangkat ke Mesir kerana lebih sayangkan Aleppo.

Apabila Salahudin sampai di Mesir keadaan tiba-tiba berubah. Dia yakin Allah telah memberi tanggung jawab kepadanya untuk membebaskan Baitul Muqaddis dari penaklukan Kristian. Dia menjadi seorang yang zuhud dan tidak tergoda dengan kesenangan dunia.
Macamt tulah serba sedikit latar belakang salahuddin Al-Ayyubi. Seharusnya ibu bapa hari ini perlu mendidik dan membekalkan anak mereka dengan pelbagai ilmu pengetahuan seperti yang di tujukan oleh ayah salahuddin al-ayyubi .
Oklah kita berhenti seketika.... nanti saya akan sambung lagi cerita salahuddin al-ayyubi ....ok....bye..bye... Assalamuaikum....


  


Rabu, 23 Mac 2011

...sEuNtAi kAta....

PEWARIS GENERASI TOKOH ISLAM
Assalamulaikum dan salam sejahtera  kepada pembaca sekalian, firstly,ucapan ribuan  Terima Kasih,Syukran kepada anda semua kerana sudi untuk melawat blog saya ini. 
Seblum saya bercerita, berkonsi maklumat dan ilmu yang cetek ini ingin saya mohon jasa baik pembaca, sahabat sekelian untuk membetulkan atau menambah maklumat yang ada pada sahabat2  di ruangan ini untuk sama2 kita bertukar2 pendapat  dan berkonsi ilmu  untuk di manfaatkan kepada  pembaca dan sahabat kita yang lain.
Kenapa ea agak2 sahabat sekelain saya terpanggil untuk menulis dalam blog ini berkaitan pewaris generasi tokoh islam?
Saban hari kita mendengar di television radio internet  pelbagai masalah social berkaitan remaja, dengan isu buang bayi, dadah mat rempit ,kes rogol ,lari rumah dan macam2 lagi semuanya ada kaitan dengan remaja kan? Adakan generasi ini  yang kita harapkan dapat memajukan dan mendaulatkan Negara dan agama kita.
  Itulah Sebab utama saya terpanggil untuk  berkongsi sedikit sebanyak  berkaitan tokoh Islam  untuk kita jadikan penduan dan cuba kita jadi sepeti mereka kerana, ramai generasi muda terutmanya orang melayu dan beragama islam kian melupakan  sejarah tokoh Islam yang suatu ketika dulu pernah menakluk dunia walupun di usia mereka  sangat muda. Masyarakt kita  sekarang perlukan kepimpinan yang seperti sultan Ahmad Al-Fateh, Salahuddin Al-Ayubbi dan ramai lagi,  untuk mengembalikan kegemilangan Islam yang suatu ketika  dulu kita pernah  kecapi dua pertiga daripada dunia.
Diruang  blog ini saya ingin berkonsi sedikit maklumat berkaitan tokok2 Islam yang semakin hari semakin dilupakan oleh generasi kita terutamnya pemuda pemudi Islam atau lebih tepat lagi bakal-bakal pewaris Islam.
ok kat sini saya nak kongsi sedikit antara nama-nama tokoh sejarah Islam mengikut zaman...
Zaman Nabi Muhammad S.W.A
* Abu Ubaidah al-Jarrah
* Bilal Bin Rabbah
*Khalid al-walid
*Saad bin Abi Waqas
*Amru al Aash
Zaman Khalifah Al-Rasyidin 
*Abu Bakar 
* Umar Al-Khattab 
*Uthman Affan 
*Ali bin Abi Talib 
Zaman Bani Umaiyah 
* Muawiyah Abu Sufian
* Tariq bin Ziyad
*Khalifah Umar Bin Abdul Aziz
* Saidina Husain Bin Ali
Zaman Bani Abbasiyah
*Imam Syafie
*Imam Hambali
*Imam Maliki
*Imam Hanafi
*Hulagu Khan
*khalifah Harun al Rasyid
*Sultan Salahuddin al-Ayubi
Zaman Uthmaniah
* Sultah mohammad al-Fateh